Patin Tempoyak di KL


Suasana meriah, aman damai serta permai di Kancil Raja Patin Danau Kota..


Yang datang walk in ada, datang makan ada, call utk delivery pun ada..Ramai orang banyak ragamnya..kita follow je yang mana orang selesa ..ye dok..?

Kalau di Danau Kota ni, pilihan menu kita tak bnyak sebnyak di Temerloh.. Bukan apa , kami masih bertatih dan mencari rentak orang KL lagi sbb permintaan org KL ni lain machiammm..HAHAHA
Maka, disini kami hanya ada 2 pilihan menu terbaik dari Temerloh iaitu

Patin Gulai Tempoyak & Patin Pais Bakar Tempoyak

Ramai orang tak tahu kesedapan menu patin pais ini, sebab di Temerloh, patin pais adalah 1 menu yang baru berbanding patin gulai tempoyak yang sudah memang tersohor dan dikenali di seluruh pelusuk dunia.

Patin pais kami memg digilai ramai, hello bukan cakap besar ye, kita ada banyak testimoni tau..hihih

Ada ramai customer kami yang memg bersumpah tak kan makan tempoyak sampai mati telah pun melanggar sumpah mereka. Biasa laa, kalau tak diajar dari kecil, mmg akan rasa takut2 nak cuba kan. Tapi En Kancil dah buktikan, tempoyak mmg SEDAP wehh.. Nikmat dunia yang haram engkorang nak tolak ..HAHAH

Resepi pais ni leceh sket, eh bukan sket laaaa,,leceh bnyak sih.. nak kena blender smp 13 ramuan ..phewww 💪💪...tapi kalau dah sedap, orang suka, eh mesti lah kena jual kannn...kita kena sebarkan dakyah kesedapan patin pais ni ke seluruh Malaysia woi...Besar tanggungjawab En Kancil ni..

Tu pasal patin pais a little bit pricey berbanding patin tempoyak sbb cara masak dia leceh..lpstu kena bakar lagi ..yang En Kancil teruja adalah, taste customer kancil raja patin yang unik...ramai customer Kancil Raja Patin Danau Kota menggemari patin pais yang sedikit hanggit..kata mereka, hangit menyebabkan keghairahan untuk melahap patin pais tu ke tahap maksima...fuh lain maciam kata2 mereka ni... HAHAHHA

Ini harga menu di Kancil Raja Patin Danau Kota, korang usha2 lah dulu okey
papehal roger balik. muah xoxo
0134326165
kancil raja patin danau kota






Comments

Popular posts from this blog

iCOOK ASIA DTG SERBU KANCIL RAJA PATIN CAWANGAN DANAU KOTA

Sosial Media Kancil Raja Patin